Saturday 5 March 2011

Festival Tangkap Sotong Langkawi - Rebak Team

Festival tangkap sotong Langkawi meriah


LANGKAWI 26 Feb. - Sebanyak 223 kilogram sotong berjaya didaratkan di sekitar perairan Langkawi sempena program Suluh Sotong Langkawi 2011 yang bermula malam tadi dan berakhir di Jeti Kuala Cenang hari ini.

Ia disertai kira-kira 250 peserta mewakili 49 pasukan yang acaranya dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi, Pengurusan Sumber Perikanan Kuala Cenang dan para pengusaha pelancongan.








Pasukan Rebak dengan tangkapan seberat 13.4 kg muncul pemenang kategori sotong terberat berpasukan untuk membawa pulang wang tunai RM3,000.

Team Pensil pula muncul naib johan dengan tangkapan seberat 13.2 kg dan menerima RM1,000 manakala kumpulan Sinar Pagi di tempat ketiga dengan hasil seberat 12.4 kg dan menerima RM800.

Pasukan Tanjung Rhu menjuarai kategori sotong terpanjang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Johari Baharom menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - BERNAMA

sumber : www.utusan.com.my

Wednesday 2 March 2011

Twilight 4 Breaking Dawn


Twilight 4 Breaking Dawn
Genre: Fantasy/Romance/Thriller
Directed by: Bill Condon
Written by: Melissa Rosenberg, Stephenie Meyer
Starring: Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner
Release Date: November 18, 2011


Movie Plot:
The Quileute and the Volturi close in on expecting parents Edward and Bella, whose unborn child poses different threats to the wolf pack and the vampire coven

Thor



Thor
Genre: Action/Adventure/Science-Fiction
Directed by: Kenneth Branagh
Written by: Mark Protosevich, Ashley Miller, Zack Stentz, Don Payne
Starring: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Jessica Biel, Natalie Portman
Release Date: May 6, 2011


Movie Plot:
At the center of the story is the mighty Thor (Chris Hemsworth), a powerful but arrogant warrior whose reckless actions reignite an ancient war. Thor is cast down to Earth by his father Odin (Anthony Hopkins) and is forced to live among humans. A beautiful, young scientist, Jane Foster (Natalie Portman), has a profound effect on Thor, as she ultimately becomes his first love. It’s while here on Earth that Thor learns what it takes to be a true hero when the most dangerous villain of his world sends the darkest forces of Asgard to invade Earth.

Captain America




Captain America
Genre: Action/Adventure/Science-Fiction
Directed by: Joe Johnston
Written by: Christopher Markus, Stephen McFeely
Starring: Chris Evans, Hugo Weaving
Release Date: July 22, 2011


Movie Plot:
After being deemed unfit for military service, Steve Rogers volunteers for a top secret research project that turns him into Captain America, a superhero dedicated to defending America’s ideals.

Fast and Furious 5 aka Fast Five



Fast and Furious 5
Genre: Action/Thriller
Directed by: Justin Lin
Written by: Chris Morgan
Starring: Vin Diesel, Paul Walker, Jordana Brewster, Chris “Ludacris” Bridges, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Matt Schulze, Tego Calderon, Don Omar, Elsa Pataky, Joaquim de Almeida, Dwayne Johnson
Release Date: April 29, 2011


Movie Plot:
Since Brian (Paul Walker) and Mia Toretto (Jordana Brewster) broke Dom (Vin Diesel) out of custody, they’ve blown across many borders to elude authorities. Now backed into a corner in Rio de Janeiro, they must pull one last job in order to gain their freedom. As they assemble their elite team of top racers, the unlikely allies know their only shot of getting out for good means confronting the corrupt businessman who wants them dead. But he’s not the only one on their tail.
Hard-nosed federal agent Luke Hobbs (Dwayne Johnson) never misses his target. When he is assigned to track down Dom and Brian, he and his strike team launch an all-out assault to capture them. But as his men tear through Brazil, Hobbs learns he can’t separate the good guys from the bad. Now, he must rely on his instincts to corner his prey…before someone else runs them down first.

Pirates of the Caribbean 4 On Stranger Tides



Pirates of the Caribbean 4
Genre: Action/Adventure/Comedy/Fantasy
Directed by: Rob Marshall
Written by: Ted Elliott, Terry Rossio
Starring: Johnny Depp, Penelope Cruz, Ian McShane, Kevin R. McNally, Astrid Berges-Frisbey, Sam Claflin, Geoffrey Rush
Release Date: May 20, 2011


Movie Plot:
Johnny Depp returns to his iconic role of Captain Jack Sparrow in an action-packed adventure. Crossing paths with the enigmatic Angelica (Penelope Cruz), he’s not sure if it’s love—or if she’s a ruthless con artist who’s using him to find the fabled Fountain of Youth. When she forces him aboard the Queen Anne’s Revenge, the ship of the legendary pirate Blackbeard (Ian McShane), Jack finds himself on an unexpected adventure in which he doesn’t know whom to fear more: Blackbeard or Angelica, with whom he shares a mysterious past.

The Transformers 3 Dark of the Moon





Transformers 3
Genre: Science-Fiction/Action/Adventure
Directed by: Michael Bay
Written by: Ehren Kruger
Starring: Shia LaBeouf, Rosie Huntington-Whiteley, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Kevin Dunn, Julie White, Frances McDormand, John Malkovich, Ken Jeong, Patrick Dempsey, Alan Tudyk, John Turturro
Release Date: July 1, 2011

Movie Plot:
The Autobots Bumblebee, Ratchet, Ironhide and Sideswipe led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009′s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There are new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime Transformers character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth.

Tuesday 1 March 2011

Ciri-ciri Lelaki Beristeri - Perkara Yang Gadis Perlu Tahu




Ramai gadis ketika ini terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami orang. Walau bukan itu yang dimahukan namun kerana lakonan dan permainan lelaki yang cukup mantap, si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat dengan hubungan sebegini.


Bila status lelaki diketahui, ramai yang merasakan ia sudah terlambat, hati sudah pun terlanjur mencintai dan amat sukar untuk melepaskan dirinya. Akibatnya ada gadis yang sanggup menjadi madu atau mengambil lelaki yang sudah menjadi milik orang lain. Adakah ini kesudahan yang dimahukan oleh anda yang belum berumahtangga?


Jika tidak, panduan berikut mungkin berguna. Langkah pertama untuk mengelak berhadapan dengan situasi ini ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri. Lelaki yang sudah beristeri sebenarnya ada ciri-ciri yang tersendiri. Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuannya agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta.


Selain itu ia penting juga supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.
Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga anda. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.
Ketahui Ciri-ciri Lelaki Beristeri


1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan membuat hubungan mata dengan anda atau memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut-takut. Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.


2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.


Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.


3. Tidak sepenuhnya kepada anda
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.


Jika anda dapat merasakan kegelisahan ini maka dengarkanlah suara hati anda. Selain itu anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.


4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai. Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.


5. Berahsia
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.


6. Beri alasan
Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak. Sebagai contoh, si isteri mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah maka jangan haraplah si dia akan masuk ke situ bersama anda walaupun anda mengajaknya berulang kali.


7. Tidak akan keluar pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.


8. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan mereka akan resah dan bingung. Namun ada lelaki tenang saja, bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan.


9. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang maka percayalah pada rasa hati anda itu.


Sekiranya setelah membaca tips ini anda yakin pasangan anda sekarang adalah lelaki beristeri, maka tanyalah terus-terang pada dirinya. Sekiranya dia mengaku dan berjanji akan menceraikan isterinya jangan sesekali mempercayai kata-kata tersebut. Kemungkinan untuk dia melakukan adalah terlalu kecil.

Adaptasi The Best Novel Lagenda Budak Setan



Laenda Budak Setan merupakan filem arahan Sharad Sharan dimana telah diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah. Filem ini membariskan para pelakon terkenal. Antaranya, :

Farid Kamil     : Kasyah (Pelakon Utama)
Lisa Surihani    : Ayu (Pelakon Utama)
Que Haidar     : Azmi (Pelakon Pembantu)
Raja Farah      : Suzana (Pelakon Pembantu)
Fazura            :  Kate (Pelakon Pembantu)
Sheila Mambo : Mak Leha (Pelakon Pembantu)


Filem ini mengisahkan Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai yang merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.










Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan.

Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.